16 September 2013
Jackson RR3
Ia jenama yang tidak memerlukan pengenalan.Jenama yang sinonim dengan musik "Besi Berat" dan "Batu" dikala 80'an awal 90'an.Saya masih ingat kali pertama saya memandang sebuah Jackson ketika saya masih bekerja sebagai HiFi Tech di Damansara Utama dahulu .Terdapat sebuah(baiklah ada 3) kedai musik berhampiran di situ.Walaupun terdapat ramai gadis-gadis jelita bekerja di kawasan itu namun itu pekara kedua,setiap kali waktu makan tengahari,saya pastikan saya melalui kedai musik tersebut untuk melihat gitar Jackson yang terpamir.Saya sama sekali tidak menyangka saya akan bekerja di kedai 2 tahun kemudian.Gembira,gemuruh dan perasaan seumpamanya bila saya memegang Jackson buat kali pertama.Apa tidaknya,selama sebelum ini hanya melihat di majalah Guitar World dan di cermin sahaja.Kenangan lama memang sukar dilupa.
Sekian.
Gitar di rencana kali ini hanya memerlukan pendawaian dan penalaan.Tiada kerja yang membebankan bagi penulis ini.Pada masa yang sama penulis ini mencadangkan kepada pemilik mendapatkan Tremol-No.Pemilik bersetuju.Alat tersebut masih dalam perjalanan ketika rencana ini ditulis.
Terima kasih dan nikmatilah.Apa kata Google Translate.Hehe
Where this belong?
Unreleased tech pic.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mmg teringin utk memiliki kelly atau king V
kalau saya pilih kelly. ;)
Post a Comment