16 July 2014

Gibson Epiphone SG G400 Deluxe










Saya dimaklumkan gitar ini dibeli pada harga yang berpatutan.Dari analisa awal ia dilihat dalam keadaan bilik pameran.Berdebu dari hujung ke pangkal dengan keadaan leher yang melengkung bahaya.Saya dapat rasa ia tidak dipetik pamer oleh umum kerana ketinggian talinya.Barangkali tuan pemilik kedai merasa perlu memasukkannya dalam senarai jualan bersih.Lebih baik dari tersadai gantung tanpa diperdulikan sesiapa.

Keadaan lengkung leher yang disangka cacat kekal/bahaya sebelumnya telah dapat diselesaikan tapi agak memerlu pusingan arah jam yang lebih dari biasa.Barangkali pemeriksa kualiti dikilang lupa melarasnya.Tidak mengapa.kita hanya manusia,mudah lupa.

Selepas selesai pembersihan dan pembetulan tolok penuh tahap pero,ia tidak lah seteruk yang disangka.Cuma ada ketika talaan mudah keluar dari piawai talaan.Mungkin tali baru atau alat tala kepala yang tidak mantap.Semasa pengorengan tali 1 di pembahagi 12 terdengar sangkutan nota ketika nota E tinggi dibengkokan.Anehnya ia tidak didengar bila dipetik oleh tuan pemilik.Mungkin petikan saya agak keras hingga ia mengeluar segala tahi yang tersorok pada kerataan pembahagi nota.Dari segi buatan ia agak kemas walaupun sekadar Epiphone.Pastinya harga penentu pulangan pembelian.Bunyinya lawas lembut ke garang besi.

Rumusan saya,pada harga seribu.Ia sangat berbaloi.

Terima kasih
yustech

2 comments:

Ijau D. Koceng said...

"tolok penuh tahap pero"

apa maksud ni?

YusTech said...

Full Pro Setup.