16 October 2018

LK Picks, handmade picks from up north.


Elaktuntut - LK Picks bukan nama jenama sebenar. Ia singkatan timangan oleh saya. Saya fikir ia lebih mudah dari membaca "pick buatan tangan oleh satu Abang di Kedah baq hang tu dia noohh". Agak panjang dan tidak menangkap di minda bila dibaca. Pada pembaca dari Kedah diharap jangan ambil peduli kesalahan tatabahasa Kedah saya diatas.

Disclaimer - LK Picks is not the actual brand name. Its a nickname given by this writer to better represent the person crafting the picks.

LK Picks ialah karya kreatif tempatan oleh Encik Lokman Kamal beroperasi secara hobi di Kedah. Beliau menawarkan dua jenis pemetik. T-Drop 5 dan Diamond 5. Angka 5 ialah purata ketebalan pemetik dalam Milimeter. Baru-baru ini penulis blog (juga pengguna T-Drop 5) telah berhubung dengan En. Lokman Kamal untuk mendapatkan maklumat belakang tabir bagaimana T-Drop 5 dibuat. Beliau bersetuju untuk mengongsi sedikit maklumat umum kepada saya dan anda. Sayugianya ini merempahkan sedikit entri blog ini selain dari kembara baiki.

LK Picks is a creation of Mr. Lokman Kamal in Kedah. Recently this blog writer ( a T-Drop 5 user) had been given permission to show some behind the scene of the pick making process. Currently there's two models offered. T-Drop 5 and Diamond 5. Five millimeters is general thickness. I hope this entry would invite equal or more interest than the usual repairs entry. Enclosed in this entry are several pictures. Each is pretty much self explanatory. 

Diserta dalam ini beberapa gambar (dengan kebenaran) proses pembuatan LK Pick oleh Encik Lokman Kamal selaku pembuat. Saya akan cuba menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat pada setiap gambar.




Di gambar 1.1 ke 1.5
Mula-mula contoh gaya pemetik ditekap ke kelongsong mentah. Pada bahagiannya dibuat tanda kasar sebagai rujukan gosok.

A template is used to draw a pick outline around the raw cut blanks.

Di gambar 1.6 ke 2.4.


Menggunakan penggosok bermotor untuk memperincikan kelongsong mentah ke garis tekap. Proses ini memerlukan masa, kesabaran dan tumpuan. Bukti rosak boleh dilihat dalam gambar 2.4. Walaupun begitu nisbah material rosak atau tidak menepati kehendak masih rendah yang mana baik ialah 90% kepada rosak 10%. Pada mata kasar saya ia longgokan rosak itu nampak elok. Jika hendak dipos ke saya pun apa salah nya. Saya ok saja. Hehe.



Each pick blank is rough sanded to the template outline. This process requires high degree of focus and pattience. About 10% of a badge would end up in the thrash due to material flaw or high porous. In fig 2.4 are bunch of rejected picks. To my eyes they look fine. I wouldn't mind to have some of that. Hehe.




Gambar 2.5 dan 2.6
Selepas dapat bentuk yang kehendaki. Setiapnya melalui proses gosok basah disamping pembersihan dan penilaian mata. Rendaman air juga memastikan setiap T-Drop 5 dan Diamond 5 tiada retakan. Pemeriksaan jisim dilakukan dengan kuku supaya setiap Pemetik padat.

After the objective shape is achieved, each pick is clean and wet sanded. Each pick goes through density checks before passing to the next process.

Setiap pemetik digosok dengan tangan hingga berkilat dan paruh pemetik dan geometrinya diperiksa bagi memastikan paruh tidak terlalu muncung tajam, jika ya ia boleh tumpul lebih cepat dari biasa kerana tiada sokongan jisim dari kiri dan kanan bahagian pemetik.

Each pick is repeatedly hand sanded and polished to mirror shine while making its correct symmetrical dimension.


Proses terakhir ialah mengguna pantulan cahaya untuk memastikan tiada herotan cahaya pada kelicinan muka. Pada gambar ialah beberapa T-Drop 5 dan Diamond 5 sedia untuk di pos kepada pembeli.

Keterangan saksi
Saya diberi tunjuk LK Pick T-Drop 5 ialah pada 2012. Jadi pada yang mengetahuinya, LK Picks bukan jenama baru.

Pada awalnya saya rasa mungkin ya atau mungkin tidak untuk menggunakannya. Namun sebagai pengguna pemetik tebal, saya wajib terbuka kepada apa-apa melampaui 3mm, manalah tahu kan. Sejurus mencuba T-Drop, ia serta-merta serasi dengan saya. Gambar bawah ialah pemetik T-Drop 5 saya dari tahun ia diguna dan masih. Jangan ragu pada saya. Saya hanya ambil rasuah bernilai tidak kurang dari 2.6 Billion. LOL!


T-Drop 5 mempunyai geometri mesra ibu jari. Ia tebal dan muncung dikawasan sepatutnya. Geometrinya seolah telah mengambil kira semua buruk sangka atau rasa.  Membanding nada letup tali dan pemetik antara Stubby 3 dan T-Drop 5. Stubby 3 menghasil Nada terang dan ringan. T-Drop 5 menghasil Nada yang seimbang dan menumbuk. Dari segi kawal guna ia tidak memenatkan. Setiap pukulan kod kuasa padu dan padat. Permainan mee memberi dengar Nada yang jitu,meletup dan bebas. Apa ke jadahnya perasaan ini, beza Stubbly 3 dan T-Drop 5 umpama Siang dan Malam. Saya hanya boleh cadangkan T-Drop 5 untuk sesiapa sedang mengguna atau mahu melampaui saiz 3mm. Jika anda pengguna 2mm dan kebawah, saya tiada jaminan anda akan suka.

Saya juga baru ingat janji manifesto 2015 saya untuk mengepos seketul dua kepada Tuan Ijau dan Tuan Sub, Maafkan saya mencapati tuan berdua, semasa entri ini ditulis dan 3 tahun kemudian, ia akan masuk sampul ke Pos Laju.

I also just remembered my promises to post one/two LK Picks to Tuan Ijau and Tuan Sub. My highest apology to you both. Three years later and at the time of writing, its on the way.

Saya diberitahu baki bahan mentah untuk pembuatan pemetik agak terhad. Kita doakan mudah-mudahan Encik Lokman Kamal berupaya mendapatkan isi semula dari sumber yang ada atau yang baru supaya boleh terus menghasilkan model T-Drop 5 dan Diamond 5.

I'm inform the raw material is becoming scarce to find. We wish Mr Lokman Kamal will find a new supplier should there be a rise in demand.

Kesimpulannya, saya agak lewat mendedahkan produk tempatan ini di blog saya. Selepas 6 tahun menggunakannya. Tidak cukup bagus? Tentu sungguh bagus! Jujur saya akui Produk LK Pick punya potensi tinggi untuk pasaran tempatan dan luar.

Sebagai maklumat tambahan, Encik Lokman juga pembuat parang dan pisau. Anda boleh menghubungi melalui FB beliau. Disini.

To conclude, I feel I am late in exposing this product in my blog. I think 6 years is an understatement for a review. I honestly believe LK Picks has great potential for guitar players, be that domestic or international. Mr. Lokman Kamal can be reach at his Facebook, here 

How much? Berapa harga? RM35 a piece excluding postage.

Proud
yustech



1 comment:

subversion.sg said...

Selamat diterima, tuan- terima kasih!! 👍🏾