Kepada pembaca luar. Kali ini anda terpaksa reda pada google terjemah.
Ia sebuah gitar bais pertama yang dibeli oleh seorang remaja
bertahun dahulu. Remaja itu kini telah dewasa. Beliau ingin membuat penambah
baikan pada bais ini. Jangan sangka saya tidak tahu yang ini lebih kepada pengecapan nafsu. Hehe.
Kecapan nafsu atau penambahan baik ini menekan pada barang
keras dan elektronik. Barangs yang akan dipasang ialah sebongkah Jambatan
Hipshot Kickass, set lengkap mesin kepala washburn oem baru simpanan lama, tiga
biji perintang boleh ubah (perubah) CTS, tombol besi,sepasang pemungut bais dari Bill
Lawrence, kacang suasa, perehat ibu jari,pokok tali dan sebungkus Daddario
gulungan rata.
Perlu saya maklumkan yang saya tidak mengusul
pembelian semua alats ganti diatas. Ia dibeli selepas pemilik sendiri mentelaah
maklumat perinci untuk setiap diatas. Tahniah kepada beliau atas kerja rumah
yang betul untuk setiapnya. Dipihak saya seperti biasa wajib dipasang Switchcraft
jack keluar. Sememangnya syarat termaktub diresit saya sejak 8 tahun dahulu disamping pelanggan ini mahu menjaga hati saya.
Seperti biasa saya suka mengkecaikan apa saja gigi
dimeja saya. Ini untuk menjumpai apa2 kejutan jika ada.
Saya mulakan dengan kerja gemaran saya iaitu
elektronik. Skru yang tiba dengan pemungut Bill Lawrence didapati tidak cukup
panjang. Rupanya juga tidak senonoh dipandang. Seolah dibeli dari Ace Hardware
atau Home Depot disana. Sebagai ganti, skru pemungut asal RBX diguna
semula. Syarikat Bill Lawrence perlu peka tentang skru pemungut bais mereka. Apa guna
pemungut jika ia tidak boleh dipasang betul? Sungguh kurang kaji.
Ruang elektronik di belakang RBX ini agak sempit
sumbatan terus perubah CTS. Satu sebab, saiz badan CTS bergantang. Maka, dinding disebelah
nada digosok dengan kertas pasir supaya perubah boleh bolos. Saya juga menukar
pemuat ke kaum poly dan ke nilai besar sedikit. Barulah betul(pada saya).
Jambatan Hipshot memenuhi tapak Jambatan lama dengan lahap
dan tepat. Lubang2 pasak skru padanya selaras dengan jambatan lama. Sedikit memanjang
Jambatan ini menjulur ke belakang bontot. Ia nampak tegap lagi sasa berbanding
asal yang kurus keding. Bagaimanapun saya menemui sesuatu yang tidak berkenan
tentangnya sewaktu proses menala(ada saja penghalangnya). Saya dapati dengan
tali gulungan rata ini titik talaan tepat pada tempatnya tetapi dengan skru
penala telah capai unduran maksima. Andaikata tuan menukar tali ke gulungan bulat
maka tiada lagi unduran pelana boleh dibuat lagi(jika perlu). Saya meringkaskan
Hipshot gagal dan bongok untuk kali keduanya berkenaan panjang atau pendek skru penala pelana. Yang pertama anda boleh baca disini. Saya akan buat rombakan entri kedua untuk jambatan ini. Ibu kaki ke bawah untukmu Hipshot.
Menyesal dipuji kembang sebelum ini.Baik seterusnya, lubang penala di kepala stock diluaskan untuk memuat naik mesin kepala baru. Mesin kepala baru hanya perlu satu skru setiap dibelakang. Lubang2 kecil tapak penala lama disumbat tampal dengan dodol.
Proses hampir akhir ialah membentuk kacang suasa,
pokok tali dan perehat ibu jari. Maka dengan itu selesai kerja ini. Terima
kasih pelawat dan pembaca blog ini. Semoga terdapat yang berfaedah untuk anda
disini. Ada apa-apa soalan?
Terima kasih
Yus Juruteknik
2 comments:
saya ingatkan cuma istilah ICT saja yang lucu kalau diterjemah ke BM, rupa-rupanya istilah kegitaran pun jadi lucu, apa itu "kacang suasa"? :D
Kacang Suasa = Brass Nut.
Bolehkah tuan? Hehe
Post a Comment