31 March 2019

Ernie Ball Musicman JPXI 6

Kadang-kala kita mengguna alat tertentu terlalu lama, penggunaan pula padar kadar kadar minima. Alat tersebut pula mempunyai lebihan ciri padanya. Kita menyangka ciri lebihan itu rosak bila ingin mencubanya semula. Kekeliruan boleh berlaku maklumlah kali terakhir penggunaan sepenuhnya ialah sewaktu mencuba dan membeli di bilik pamiran. Sebelum membuat rumusan wujudnya kerosakan, ada baiknya kita merujuk pada buku kendalian. Ini juga boleh dikatakan kali pertama penulis membaca buku kendalian tentang gitar ini. Jadi ini bukan entry baiki. Ia cuma ingatan dan hidangan gambar buat kita bersama.
Ini ialah sebuah Ernie Ball Musicman JPXI 6. Ia didatangi dengan dwi pemungut iaitu Besi Berani dan Ketul Hablur. Tertera juga pada sesawang JPXI 6 ini ditanam wayar fret jenis Besi Tidak Cemar. Sangat licin wayar fret ini dan penulis agak menyukainya. Walaubagaimanapun penulis tidak dapat memberi komentar tentang beza atau kurang lebih nadanya berbanding wayar fret biasa. Saya hanya sempat membelasah kurang dari dua minit. Waktu yang ada diluangkan bersembang dengan pemunya gitar ini. Ya, saya suka bersembang. Hehe.
Secara jujurnya saya belum pernah memasang wayar fret jenis Besi Tidak Cemar. Saya agak merasa khuatir tentang ketumpatan Besi Tidak Cemar itu. Khuatir ia akan menumpulkan kikir dan pemotong Stewmac saya. Pada saya peralatan Stewmac diluar capaian untuk dihentam cuba tanpa pertimbangan waras. Kita bukan lagi di 2011 (USD1 = RM3). Namun begitu saya sedang mencari ulasan terperinci oleh juruteknik di YouTube dan Media Awam.
Namun akan datang jika berkesempatan dengan bekal keberanian dan kewangan, saya akan cuba pengalaman baru itu.  Esok hari Isnin dan selamat bekerja.

Terima kasih
yustech




No comments: