18 November 2015

theguitaraddict dan CA Gear - rujukan saya dan kenapa.






Terima kasih saya pada Tuan Subversion atas kiriman pick Jim Dunlop.Selamat diterima semalam.Terasa seperti sudah graduan Uni Blogger bila menerima kiriman dari blogger lain.Hehe


Salam pembaca,

Saya masih ingat pada 2008,bila pentas blog ini diperkenalkan oleh rakan sekerja.Apalah yang tahu selain hanya menggunakan sawang secara pasif.Disebabkan kurang tahu teknologi maklumat(IT) untuk menyertai dalam Sawang Dunia Luas(World Wide Web),saya hanya melihat sawang sebagai sumber mencari maklumat untuk kerja dan sebagainya.Pakai,bayar dan cabut!Atas desakan dari rakan,dia menolong membangun mula blog saya.Nama pun dia yang pilih.Katanya "Encik.Yus ada banyak pekara yang boleh dikongsi".Isshh...banyak lagi yang lebih hebat diluar tu,siapalah ingin baca cerita kasar saya.Apa yang mahu ditulis?bagaimana olahannya?Kalau macam bangang bukan kah membazir ruang pelayan(server) Google aje.

Bila dimenungkan sendirian,saya nampak kebaikannya.Saya boleh jadikan ia rujukan peribadi saya,tiada perlu buku catit(risiko hilang) dan boleh diakses dimana2 Cyber Cafe bila terlupa atau perlu.Ya,ini mudah,ini murah,ini memang munasabah dan ini berkait bila ingatan kabur nanti.Saya setuju.Peringkat awal agak susah(masih lagi kini) hendak faham pentas blog ini terutama bila lihat pengekodan.Mujur dibantu rakan sekerja.Jarak umur kami jauh,jadi situasinya seperti cucu mengajar atok guna komputer.Terasa tua saya sebelum waktunya atau dengan ayat lain "terjun dulu,pelampung dicampak kemudian"Hehe.

Bila baru berblogging,tidak dapat dielak saya juga melawat blog2 sekitar yang berkait dengan minat saya.Antara blog berbahasa inggeris yang saya kerap lawati ialah CA Gear dan theguitaraddict.Siapa mereka dan apa perbuatan mereka.CA Gear mirip blog saya yang mana kami berdua mencatat jurnal membaiki untuk penambah pengalaman amali,rujukan semula atau dikongsi pada pelawat.Disudut yang lain saya melihat kami berdua sebagai jurubaiki yang masih baru sambil berani cuba mencabar kemampuan sendiri yang sedia ada.theguitaraddict pula sumber maklumat terkini muzik industri,alat bertali,dipijak kotak,penguat,jenama baru dan aksesori yang diminati beliau.

Tapi saya melihat lebih dalam di kedua-dua blog ini.Apa yang menarik tentang kedua-dua blog ini khususnya ialah penggunaan bahasa inggerisnya yang kukuh.Penyampaiannya padat disertakan dengan tatabahasa yang keras(solid).Mudah difahami dan boleh dirasai isinya.saya akui mempelajari perkataan baru diganding ayat sesuai dengannya.Memang akan saya curi guna dikemudian waktu nanti.Hehe.



Sedang belajar tatabahasa
yustech



4 comments:

Ijau D. Koceng said...

selamat~

blog yustech GT, rujukan saya utk belajar wiring/soldering techniques

YusTech said...

Terima kasih ijau,blog ijau-sumber minuman trending..hehe

subversion.sg said...

Salam tuan, pick 3mm/ 4mm- on the way :-) Terima kasih kerana singgah ke blog saya, takde apa special pun, sekadar berkongsi.

Abdul Aziz Sanford said...

Thank you so much for the positive feedback and advice. I am now following theGUITARaddict, as well as you. There is so much to learn. I am thankful that through your blog, theGUITARaddict, as well as bro Ijau D. Koceng; I have a chance to upgrade my knowledge and skills.