4 October 2018

Peavey Transtube Rage 158

English readers scroll below,

Salam sejahtera dan bertemu kembali dalam satu lagi episod kembara baiki. Entri kali ditampil dalam dwi-bahasa. 

Dalam entri ini, saya ditugaskan memeriksa dan membaiki(jika perlu) sebuah penguat gitar Peavey model Transtube Rage 158. Ini penguat err maksud saya, penguat ini dikelaskan dalam kategori penguat latihan ataupun kelas bilik kecil. Mengikut maklumat Google, Siri Peavey Transtube Rage adalah salah satu penguat pilihan ramai pemetik guitar bilik tidur. Model Rage juga melalui berberapa naik taraf rupa luar. Model didalam entri ini dipercayai dari generasi kedua.


Pemeriksaan awal mendapati wujud gegaran dari kuatpengata bila kawalan suara dipulas melebihi pukul sembilan. Keadaan dalaman agak berhabuk seiring dengan usia dan persekitaran negara. Saya diberitahu penguat telah direhatkan berberapa tahun. Ia pernah dibaiki oleh juruteknik lain sebelum ini. Saya diberitahu siapa dan dimana juruteknik lepas yang dimaksudkan. Ia akan menjadi rahsia saya.

Ketika saya memeriksa secara rambang pada papan litar, saya melihat sesuatu yang bukan asal disitu. Saya dapati ada sesuatu terlekat pada luar fius asal. Ia berupa sehelai(mungkin lebih) wayar bogel diguna sebagai pelompat fius. Tahu lah saya bahawa masaalah penguat ini dahulunya ialah tiada kuasa. Sungguh kurang terpelajar teknik yang digunakan terdahulu untuk membaiki penguat. Ia tidak mengambil kira kesan bahaya kemudian hari pada sesiapa yang mengguna penguat ini.


Disini perincian fius. Sebuah fius tidak kira saiz atau bentuk mempunyai satu(mungkin dua atau tiga juga) tugas. Ia bertindak sebagai sempadan ukur untuk arus elektik yang datang sebelumnya (alatubah) dan selepasnya (diod penegang). Bila pengguna membuka kawalan suara kepada agak tinggi dan lama, maka ini menyebabkan litar penguat lebih dahaga dan meminta arus lebih dari pemuat tapisan dan juga alatubah. Fius yang berada diantara kedua-dua bahagian tidak membenar arus yang melebihi kadar melalui. Bila ia tidak lagi dapat menahan, maka ia pun terbunuh. Dengan itu kematian adalah salah satu tugas utama sesebuah fius. Ia wajib ditukar serta merta.

Disini kenapa. Fuse untuk Peavey Transtube Rage 158 ini berkadar 3A atau 3000mA. Ia bermaksud penguatkuasa memakan arus sebanyak 3A atau kurang. Apabila seseorang juruteknik menggunakan wayar tembaga bogel sebagai pelompat maka pelompat tersebut kini telah meninggikan kadar fuse asal ke 6A atau mungkin juga ke 13A. Berikutan dengan itu tiada lagi fungsi pemutus/pemisah pada fius. Fius kini menjadi Pemintas. Dengan itu Penguat berpotensi untuk berasap dan boleh menyebabkan kebakaran besar. Selepas semua menjadi abu, anda akan mendapati fius masih elok. Saya ucapkan tahniah kepada jurukteknik itu. Jalan pintas untung RM50 dan tidak mahu belanja RM2 untuk fius baru. Pengguna pula menghadapi risiko litar pintas. Belum diambil kira kemungkinan hilang harta benda dan nyawa. Juruteknik bontot kau.


Namun saya faham kenapa beliau(jurubontot) berbuat demikian. Fius yang dipasang oleh Peavey adalah jenis pateri ke papan litar. Ia bukan fius RM2 yang biasa kita lihat dan tahu. Saya sudah meyiasat harga fius jenis itu. Ia memang mahal dan tidak berbaloi untuk membeli pakai atau simpan. Tetapi ini bukan penghalang untuk mengubah suai ia kepada suatu gaya yang akan menyenangkan mana-mana Juruteknik atau Bomoh.Saya memateri sejenis soket pada tempat asal fius lama. Dengan soket ini menidakkan keperluan membuka papan litar dan memateri demi mengganti fius akan datang. Saya memang pandai tetapi tidak sepandai dan sebijak kancil. Sekadar amali untuk hidup.


Saya juga memutuskan untuk menukar pemuat tapisan yang berada selepas diod penegang. Pada firasat saya ia elok ditukar. Saya rasa rohaninya mungkin ada kecacatan atas peritiwa sebelum ini.

Kita di perenggan akhir dengan rumusan dari saya. Selepas pembersihan penuh, penukaran alat komponen dan ubat panas. Saya mendapati masih ada gangguan gegaran dari kuatpengata. Saya rumuskan kuatpengata tidak berada pada tahap baik dan menghampiri kematian suatu hari nanti. Peavey tidak lagi mejual kuatpengata Blue Marvel 8 inci ini? Jika ada pun, adakah berbaloi dengan kosnya? Saya enggan menjawab soalan itu. Terpulang kepada pemilik dan anda merumuskannya.

Sekian.
yustech


This Transtube Rage 158 came for check-up. Owner felt the tone wasn’t the same after he had it repaired by a tech. Now to begin with, 'Feeling' does not always mean factual. I tested it and hear buzzes coming from either the loudspeaker basket or something else. It couldn't be the cabinet itself as it feels tight.


Open it up to clean the board and saw a jumper-ed on the fuse. I see, it must have blown the fuse at some point and that was the solution? The stock fuse is 3A, putting a (or several strand of) wire would increase the rate to 13A or more. The previous tech thinks he's smart, by saving a few cent for an actual fuse so both party part ways happy. Unknown to the customer, he just made a time bomb of his customers amp. The amp may lay next to a bed, near a pillow. Now this is the kind of fucking retard tech wannabe who's the kind that would get the rest of us in deep shit. I wouldn't be surprise if he jumper-ed all the fuses in his shop, cars, house etc. 

On the positive side the idiot could have the ability to mend back or jumper-ed light bulbs and dead tubes. I just hope he had not jumper-ed the fuses of his neighbours' house too, but who knows. I'm guessing he's been doing it since the 80's. He must have picked up this bad DIY habit after watching The ‘A’ Team, Macgyver and The Simpson? My dear fellow readers, good thing there's a way to identify these Jumpers. The signs or the symptoms if or when you meet these little IED planters are, they don't speak much, but if they do, it's mostly all unrelated electronic made up rubbish jargon. Wait a minute, that sure sounds like me. Well, forget that and anyway,

Let's get to know a FUSE and its functions. The number one purpose of it, be it big or small is to die or ceased or disconnect a current path. It does not matter how it dies whether it's ruptured, blown to pieces or snapped filament. Die means literally die. A fuse also acts as a current limiter. A firm one at that. A veto from it mean your gear will not turn ON. No one has ever been able to tell us a fuse gender. I'm puzzled by this myself. 

In this Peavey Transtube Rage 158, the fuse it between the power transformer and the Fuulll Bridge Rectifier diodes. Now the fuse is rated at 3A meaning that's the maximum current it will allows through. My theory is at some point in this amp's life someone crank the volume for quite a long duration. Because of that there's a rise of current demand from power amp section. The power amp section kept complaining not enough juice, the caps says it can't keep up, meanwhile the power transformer is shouting what's the hold-up down there? This went on for perhaps few hours, days, weeks before the fuse sang "I can't fight feeling any longer, and yet I’m still afraid to let it flow” Pop! No sound.

But I know now why the other tech jumper-ed the fuse. Just look at the type of fuse Peavey puts in this amp. It's the bloody soldered to the board type. You imagine the hassle this would be, even for an engineer or doctor to replace it. I've checked online and the price was ridiculous. If I were to buy it, I'll end up keeping 19 pieces of it as collector’s item. Collector’s item my bottom. Who else uses this type of fuse today? I do not know any other but Peavey. Maybe the International Space Station are using it too? Well good luck to you when you blew an amp up there.

I happen to have a set of through hole fuse socket. I put that in with a new 3A fuse. I soldered every suspicious dry looking pads. Serviced the front panel input/output TRS, pots and switch. I scrap of the old heat compound paste and replace the filter caps, just for good measures. There's still buzz from the loudspeaker. Indeed it’s affected by what happened. I don't see any 8 inch Blue Marvel for sale in Full Compass web. Good news then?
I end this entry with some advice to the jumper tech (Yes, I know who you are now). Imagine one day your car/bike/house/shop caught fire. The post investigation would show a short circuit caused by you. You won't receive a cent from the insurance company (if you did bought any). Don't discount the possible loss of human life (if they were any). All because of wanting to save few ringgit or to earn 50 ringgit service?

Dear Tech Sir, next time, please buy the fucking aforementioned fuses!

Thank you
yustech




2 comments:

John said...

Assalamualaikum,kedai di mana sekarang?Masih di kota damansara?

YusTech said...

Wasalam,alamat disebelah kanan blog ini.